Thursday 23 February 2012

CARA LATIHAN BAGI JENIS ECTOMORPH (SKINNY)

Okay, seperti yang saya janjikan. Sekarang saya nak kongsi cara latihan yang sesuai bagi orang yang jenis ectomorphs. Kat bawah ni ada beberapa guidelines yang boleh diikut:
Kekerapan Latihan
-cuba buat split-training yang mana gunakan 1-2 bodyparts setiap kali workout untuk melatih beberapa kumpulan otot secara serentak.
-latih setiap bodypart seminggu sekali sahaja
-dapatkan rehat yang mencukupi antara sesi workout. Jangan ulang melatih bodypart yang sama sekiranya otot masih lagi lesu akibat dari latihan hari2 yang sebelumnya
-ubah rutin latihan sekurang-kurangya sebulan sekali
-tingkatkan intensiti latihan dalam setiap latiahan ( more weight, reps and sets)
-biarkan badan berkerja keras tapi mestilah dengan teknik angkatan yang betul\

Set & Ulangan
-gunakan pergerakan yang asas tetapi berat supaya dapat merangsang fiber otot
-cuba elakkan pergerakan isolasi(banyakkan penggunaan bebanan bebas daripada menggunakan mesin)
-lakukan 6-8 reps bg setiap bodypart
-tapi pastikan jgn overtrain. semangat memang semangat tapi kalau overtrain pembesaran otot terbantut.
-kalau pembesaran otot masih lagi slow, cuba buat kejutan kat otot. contohnya cuba buat latihan 10 set 10 rep untuk satu latihan bagi setiap bodypart.
-tapi kejutan ni jangan amalkan selalu. buat sekali dalam masa 8 minggu.

Intensiti
-cuba fokus untuk mengangkat bebanan yang berat untuk menambah intensiti
-rehat sekurang-kurangnya 60 saat antara set
-rehat sekurang-kurangnya 5 minit antara latihan bodypart yang berbeza
-cuba lakukan latihan secara superset

Rehat
-dapatkan tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari sebab orang jenis ni kadar metabolisme terlalu tinggi 
-kalau boleh dapatkan tidur sekejap di waktu siang
-jangan membuat latihan kalau badan tak cukup rehat atau sakit-sakit otot masih belum sembuh

Aerobik
-minimumkan latihan aerobik seminimum yang mungkin, jangan lebih 3 kali seminggu

Pemakanan
-makan 5-7 kali sehari (termasuk dengan supplement gainer) setiap 2.5 hingga 3 jam
-tingkatkan pengambilan harian protein hingga 1-1.5 gram per berat badan(dalam paun)
-ratio pengambilan protein - karbo - lemak adalah 25-30% - 50% - 20-25%
-ambil protein 30 minit sebelum tidur
-makanan makanan yang lambat proses pembakaran glycemic seperti oat, makanan-makanan whole-grain, beras perang, jagung, pasta, kacang

Cara hidup
-jangan selalu stress. cuba cari jalan untuk elakkan stress sebab stress boleh mendorong kepada paras kortisol yang mana boleh menjejaskan pembinaan otot
-kurangkan aktiviti-aktiviti luar yang menggunakan jumlah tenaga yang banyak
-minum air banyak, sekurang-kurangnya 2.5liter sehari
-cuba tukarkan keadaan sekeliling menjadi satu tenaga supaya kita selalu positif

p/s ni tips untuk korang yang berbadan kurus kering. saya dulu pon asal kurus jugak. yang penting mental kena kuat. nak selamat jadikan rutin latihan di gym sebagai hobi, so kita tak la rasa down kalau sebulan dua buat latihan tapi badan tak nampak perubahan ketara sangat. bila badan dah jadi anggap la tu bonus dari usaha keras selama ni. lepas ni saya akan buat entry untuk yang jenis endomorph dengan mesomorph

Wednesday 22 February 2012

KENALI JENIS TUBUH ANDA

         Kalau diikutkan dari zaman dulu bermacam-macam jenis bentuk badan diperkenalkan untuk mendefinisikan jenis bentuk badan seseorang. Secara amnya terdapat 3 jenis bentuk badan seperti yang korang dapat tengok kat gambar atas. Teori bentuk badan ni diperkenalkan oleh William H. Sheldon pada tahun 1940an. Apa yang saya nak sampaikan kat sini ialah pentingnya korang mengenali jenis bentuk badan korang sebab setiap jenis bentuk badan mempunyai sistem badan yang berlainan dalam pembentukan otot, cara latihan dan penurunan berat badan.
        Kadang-kadang ramai yang terlepas pandang jadi bila pergi gym, nampak je brader yang badan cun sikit terus tanya macam mana dia buat badan macam tu. Lepas dah ikut 7-8 bulan cara brader tu tapi badan tak jadi-jadi. Lepas tu terus mental out, terus hilang tah ke mana. Badan tak siap-siap. Kena ingat, setiap jenis bentuk badan lain sistemnya. 
       Untuk mengenal pasti jenis tubuh badan korang, sini saya kongsikan beberapa guideline:
1.Jenis Ectomorph
-mempunyai bahu dan pinggul yang kecil
-muka yang cengkung dan dahi yang tinggi
-dada yang kecil dan perut yang kering
-kaki dan lengan yang kurus
p/s senang cerita yang jenis kurus kering la.
2.Jenis Mesomorph
-kepala besar, dada bidang, pinngang kecil (wedge shape) 
-badan jenis muscular type, lengan yang kuat
-body fat rendah
-biasanya jenis ni memang jenis nampak muscular secara genetik
3.Jenis Endomorph
-mempunyai badan yang bulat,
-mempunyai body fat yang tinggi
-mempunyai rangka yang besar
-metabolisme rendah
-senang nak gemuk tapi susah nak kurus
-cenderung untuk menyimpan lemak dan menutup pembentukan otot

Jadi, kenalpasti apa jenis badan korang supaya dapat menyusun rutin latihan yang sesuai. Tapi satu perkara perlu diingat, tengok jenis badan korang berdasarkan badan korang masa zaman remaja sebab peningkatan umur dan cara makan akan mengubah bentuk badan korang macam yang ada sekarang ni. Nati saya akan post kan cara-cara latihan dan pemakanan bagi setiap jenis bentuk badan. Bagi yang chubby tu jangan rasa down, korang pon boleh buat jadi cun punye.

p/s Makan comey + Main comey + Rehat comey = Badan comey...

Kalender Aktiviti Persekutuan Bina Badan Malaysia 2012


Tuesday 21 February 2012

COD area kuantan pahang, n gombak , selayang , taman melati .


Nitro Tech Hardcore Pro Series
Hydrocut

Muscle Infusion
Lipo 6 Black
Hemo Rage Black Ultra Concentrate

Real Mass
Myofusion
Superpump Max

True Mass
Syntha 6

Muscle Juice 2544
Muscle Juice Revo 2600