Monday 26 March 2012

CARA LATIHAN BAGI ENDOMORPHS

Kekerapan Latihan :
-memerlukan latihan yang kerap terutamanya latihan aerobik
-pilih 3-5 latihan yang efektif bagi setiap bodypart dan daripada situ, pilih 2-3 latihan yang paling baik untuk setiap bodypart
-cuba lakukan latihan abs di awal latihan
-lakukan latihan yang melibatkan total body untuk bulan pertama, kemudian baru asingkan latihan-latihan bagi bodypaert yang berlainan selepas itu
-ingat, matlamat utama latihan adalah untuk meninggikan kadar metabolisme dan mengurangkan bodyfat
-ubah rutin latihan setiap 2 atau 3 minggu
-yang penting, jangan takut untuk mencuba latihan atau rutin yang baru.

Set dan Ulangan :
-setiap latihan mestilah berintenstit tinggi (korbankan waktu rehat antara set seperti mana korang haruskan korbankan untuk berhenti makan KFC Dinner Plate,hehehe)
-jangan lakukan lebih dari 8 set untuk setiap bodypart
-hindarkan dari latihan yang menggunakan beban yang berat dan ulangan yang sikit
-cuba lakukan ulangan sebanyak 9 hingga 12 untuk upper body dan 12 hingga 25 bagi lower body

Intensiti :
-pastikan intensiti latihan tinggi dan minimumkan rehat antara set (paling lama 60saat)
-gunakan prinsip latihan berintensiti tinggi seperti burn set dan superset untuk memaksimumkan pembentukan otot dan defintion
-cuba lakukan drop set ( beban semakin menurun ) pada set terakhir

Rehat :
-berlatih secara kerap tetapi rehat sekurang-kurangnya 48 jam bagi setiap bodypart
-disebabkan oleh kadar metabolisme yang rendah, korang tak memerlukan tidur yang lama. cuba dapatkan 7 jam je sehari

Pemakanan :
-ni yang paling penting, cuba mimimum kan pengambilan makanan berlemak
-makan pelbagai jenis sumber protein
-ambil produk tenusu yang rendah lemak
-elakkan makan lewat malam, kalau lapar sangat sampai terketar-ketar tangan tu, bedal protein blend je.
-makan secara kerap. AIK!!??? jangan salah anggap, makan acap kali tapi dalam kuantiti yang sikit untuk memastikan kadar metabolisme tinggi dan mengawal selera makan.
-kira pengambilan kalori sehari
-makan perlahan-lahan, jangan gelojoh ( kunyah sampai makanan lumat)
-elakkan makanan yang mengandungi gula ringkas yang mana bila makan akan rasa cepat lapar macam roti putih ( roti putih tak bagus, roti gandum penuh dengan roti fiber bagus), biskut dan lain-lain
-jangan,jangan, dan JANGAN minum air berkarbonat dan alkohol

Cara Hidup :
-libatkan diri dalam pelbagai aktiviti aerobik yang seronok sepeti mendaki, berjalan, berbasikal, badminton, dan seni mempertahankan diri (p/s :- sape-sape nak belajar kuntau selempang merah saya boleh ajarkan)
-rancang waktu latihan supaya korang ada masa untuk berehat dan tenangkan fikiran
-minum air yang banyak sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari (bagi pengamal herbalife, memang ni cara untuk cepat turunkan berat badan)

KESIMPULAN :
Bila korang dah tahu jenis badan korang, diet dan latihan yang sesuai untuk korang, korang akan dapat progress yang lebih baik. Cuba tukarkan latihan korang mengikut jenis bentuk badan korang tapi kena ingat, dunia bina badan dan fitness ni luas. Apa yang saya sampaikan ni cuma sedikit dan banyak lagi yang perlu kita tahu dan buat untuk kita dapat hasil yang memuaskan.
Jangan takut untuk mencuba dan sentiasa pastikan mental kuat. Selamat mencuba..;)

Sunday 25 March 2012

CARA LATIHAN BAGI MESOMORPH ( BADAN GENETIK MUSCULAR)

Kekerapan Latihan :
-bagi jenis mesomorph, badan akan betindak balas dengan baik kepada latihan yang melibatkan beban yang berat, pergerakan asas serta latihan-latihan untuk shaping.
-kepelbagaian latihan akan memberi result yang sangat bagus
-cuba selang-selikan 3 hingga 4 minggu latihan berintensiti tinggi dengan beberapa minggu latihan yang berintensiti rendah untuk mendapatkan pembentukan otot yang baik dan juga mendapatkan strength.

Set dan Ulangan :
-gunakan pergerakan asas dan latihan isolasi dengan beban yang berat
-untuk semua bahagian badan, gunakan reps antara 8 hingga 12
-bagi korang yang mempunyai badan jenis ni, cuba pastikan korang jangan overtrain sebab kebiasaannya badan jenis mesomorph ni mempunyai kekuatan dan stamina yang lebih tinggi dari yang lain. INGAT!!! overtrain boleh membantutkan pembentukan dan pembesaran otot.

Intensiti :
-gabungkan latihan dengan pergerakan sederhana dan pergerakan yang laju
-pelbagaikan jenis latihan macam gain rutin, define rutin, drop set, pyramid set, super set dan lain-lain

Rehat :
-walaupun korang mempunyai genetik yang bagus, rehat masih menjadi elemen yang sangat-sangat penting 
-dapat tidur antara 7 - 9 jam sehari
-jangan buat latihan untuk bodypart yang belum recover sepenuhnya
-kalau tenaga, mood dan motivasi menurun, dapatkan rehat tambahan.

Aerobik :
-untuk memaksimumkan pertumbuhan otot, jangan lakukan latihan kardio melebihi 3 kali seminggu
-sentiasa pastikan jantung berkerja pada tahap separuh sasaran kadar jantung

Pemakanan :
-ambil protein sekurang-kurangnya 1g per berat badan ( dalam pound)
-ambil karbohidrat lebih kurang 60% daripada jumlah kalori ( cuba pilih sayuran, beras perang, pasta dan wholegrain)
-hadkan pengambilan lemak (15-20%)
-ambil pelbagai jenis protein seperti telur putih, dada ayam, ikan, soya dan lain-lain

Cara Hidup :
-apa-apa pun jangan rushing sangat nak badan jadi cepat, nanti akan dapat kesan buruk seperti injury dan overtrain
-sentiasa sabar dan pastikan mental sentiasa kuat. ( badan akan mengambil masa untuk mengalami perubahan, jangan tetapkan sasaran dalam waktu yang singkat
-minum air sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari

Ini je tips untuk badan jenis mesomorphs. Lepas ni sambung untuk badan jenis endomorph pulak.