Sunday, 25 March 2012

CARA LATIHAN BAGI MESOMORPH ( BADAN GENETIK MUSCULAR)

Kekerapan Latihan :
-bagi jenis mesomorph, badan akan betindak balas dengan baik kepada latihan yang melibatkan beban yang berat, pergerakan asas serta latihan-latihan untuk shaping.
-kepelbagaian latihan akan memberi result yang sangat bagus
-cuba selang-selikan 3 hingga 4 minggu latihan berintensiti tinggi dengan beberapa minggu latihan yang berintensiti rendah untuk mendapatkan pembentukan otot yang baik dan juga mendapatkan strength.

Set dan Ulangan :
-gunakan pergerakan asas dan latihan isolasi dengan beban yang berat
-untuk semua bahagian badan, gunakan reps antara 8 hingga 12
-bagi korang yang mempunyai badan jenis ni, cuba pastikan korang jangan overtrain sebab kebiasaannya badan jenis mesomorph ni mempunyai kekuatan dan stamina yang lebih tinggi dari yang lain. INGAT!!! overtrain boleh membantutkan pembentukan dan pembesaran otot.

Intensiti :
-gabungkan latihan dengan pergerakan sederhana dan pergerakan yang laju
-pelbagaikan jenis latihan macam gain rutin, define rutin, drop set, pyramid set, super set dan lain-lain

Rehat :
-walaupun korang mempunyai genetik yang bagus, rehat masih menjadi elemen yang sangat-sangat penting 
-dapat tidur antara 7 - 9 jam sehari
-jangan buat latihan untuk bodypart yang belum recover sepenuhnya
-kalau tenaga, mood dan motivasi menurun, dapatkan rehat tambahan.

Aerobik :
-untuk memaksimumkan pertumbuhan otot, jangan lakukan latihan kardio melebihi 3 kali seminggu
-sentiasa pastikan jantung berkerja pada tahap separuh sasaran kadar jantung

Pemakanan :
-ambil protein sekurang-kurangnya 1g per berat badan ( dalam pound)
-ambil karbohidrat lebih kurang 60% daripada jumlah kalori ( cuba pilih sayuran, beras perang, pasta dan wholegrain)
-hadkan pengambilan lemak (15-20%)
-ambil pelbagai jenis protein seperti telur putih, dada ayam, ikan, soya dan lain-lain

Cara Hidup :
-apa-apa pun jangan rushing sangat nak badan jadi cepat, nanti akan dapat kesan buruk seperti injury dan overtrain
-sentiasa sabar dan pastikan mental sentiasa kuat. ( badan akan mengambil masa untuk mengalami perubahan, jangan tetapkan sasaran dalam waktu yang singkat
-minum air sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari

Ini je tips untuk badan jenis mesomorphs. Lepas ni sambung untuk badan jenis endomorph pulak.

No comments:

Post a Comment