Wednesday 22 February 2012

KENALI JENIS TUBUH ANDA

         Kalau diikutkan dari zaman dulu bermacam-macam jenis bentuk badan diperkenalkan untuk mendefinisikan jenis bentuk badan seseorang. Secara amnya terdapat 3 jenis bentuk badan seperti yang korang dapat tengok kat gambar atas. Teori bentuk badan ni diperkenalkan oleh William H. Sheldon pada tahun 1940an. Apa yang saya nak sampaikan kat sini ialah pentingnya korang mengenali jenis bentuk badan korang sebab setiap jenis bentuk badan mempunyai sistem badan yang berlainan dalam pembentukan otot, cara latihan dan penurunan berat badan.
        Kadang-kadang ramai yang terlepas pandang jadi bila pergi gym, nampak je brader yang badan cun sikit terus tanya macam mana dia buat badan macam tu. Lepas dah ikut 7-8 bulan cara brader tu tapi badan tak jadi-jadi. Lepas tu terus mental out, terus hilang tah ke mana. Badan tak siap-siap. Kena ingat, setiap jenis bentuk badan lain sistemnya. 
       Untuk mengenal pasti jenis tubuh badan korang, sini saya kongsikan beberapa guideline:
1.Jenis Ectomorph
-mempunyai bahu dan pinggul yang kecil
-muka yang cengkung dan dahi yang tinggi
-dada yang kecil dan perut yang kering
-kaki dan lengan yang kurus
p/s senang cerita yang jenis kurus kering la.
2.Jenis Mesomorph
-kepala besar, dada bidang, pinngang kecil (wedge shape) 
-badan jenis muscular type, lengan yang kuat
-body fat rendah
-biasanya jenis ni memang jenis nampak muscular secara genetik
3.Jenis Endomorph
-mempunyai badan yang bulat,
-mempunyai body fat yang tinggi
-mempunyai rangka yang besar
-metabolisme rendah
-senang nak gemuk tapi susah nak kurus
-cenderung untuk menyimpan lemak dan menutup pembentukan otot

Jadi, kenalpasti apa jenis badan korang supaya dapat menyusun rutin latihan yang sesuai. Tapi satu perkara perlu diingat, tengok jenis badan korang berdasarkan badan korang masa zaman remaja sebab peningkatan umur dan cara makan akan mengubah bentuk badan korang macam yang ada sekarang ni. Nati saya akan post kan cara-cara latihan dan pemakanan bagi setiap jenis bentuk badan. Bagi yang chubby tu jangan rasa down, korang pon boleh buat jadi cun punye.

p/s Makan comey + Main comey + Rehat comey = Badan comey...

3 comments:

  1. Tuan,

    Dulu berat saya 55KG dan selepas rajin ber'gym' dan ambil suppliment, sekarang berat saya 73KG, dah tu saya jarang dah pergi gym...sekarang saya nak turunkan berat sikit dalam 68-70KG, sebab rasa berat ketika bersukan(bola/futsal)...THE PROBLEM sekarang ni yela, lepas jarang main gym, nampak badan macam naik, lemak macam bertambah...apa perlu saya buat?nak dapatkan 6pack susah, terutama bahagian lower abs...boleh bantu saya??Senang citer, saya nak kurus kan sikit badan dan berotot, sesuai untuk player bola...

    ReplyDelete
  2. boleh saya tau berapa tinggi dan berat en.Qus ini...nampak macam ideal je?boleh lah saya follow cara en.Qua nih...??

    ReplyDelete
  3. Saye pada mula nye Ectomorph. And bertukar Endomorph. Now dah diet slim. Macam mane tu admin :)

    ReplyDelete